Isnin, 1 April 2013

BATU MANI GAJAH 3 PENJURU DAN MINYAK BERTAP SARANG BURUNG TEMPUA



(a). BATU MANI GAJAH 3 PENJURU.

Lagenda batu kristal Mani Gajah ini bermula di Sumatra, Indonesia, di mana tinggalnya Suku Anak Dalam (Suku Kubu) yang tinggal di wilayah dengan habitat Gajah. Lagenda bermula, kononnya ceritanya terdapat seekor Gajah Jantan Besar yang menjadi Raja kepada kumpulan gajah-gajah yang menghuni habitat gajah tersebut.

Suku Anak Dalam memanggil Gajah Jantan Besar dengan gelaran Raja Gajah tersebut sebagai Gajah Tunggal kerana suka menyendiri kecuali bila Sang Raja berkehendakkan gajah betina untuk melepaskan berahi yang telah menjadi adat dan ketentuan Yang Maha Esa, si jantan akan mencari si betina…
Waktu berahi si gajah betina adalah pada masa Bulan Purnama Penuh. Maka berjalanlah Si Raja Gajah Tunggal ini mencari kawanan gajah-gajah betina di habitat tersebut. 

Apabila kelihatan sahaja kelibat Raja Gajah kawanan gajah-gajah betina, semua gajah-gajah betina akan membentuk bulatan. Raja Gajah Tunggal akan memilih seekor daripada gajah-gajah betina itu bagi melepaskan rasa berahinya. 

Cara dan kelakuan Si Raja Gajah Jantan dan Betina ini ketika rasa berahi mereka adalah sama seperti manusia iaitu Si Jantan di atas dan Si Betina di bawah menelentang.

Setelah peristiwa itu selesai, Si Raja Gajah akan menimbuskan sisa-sisa mani yang berciciran di tanah agar tidak kelihatan lagi. Mani gajah yang terkambus dan tertanam itu akan bertukar menjadi batu kristal yang lembut dan akhirnya menjadi keras dan inilah yang dipanggil Batu Mani Gajah atau Permata Mani Gajah.

Peristiwa Raja Gajah Tunggal memuaskan rasa berahi itu sentiasa diintai oleh Puak Suku Anak Dalam. Setelah Gajah Tunggal dan kawanan gajah-gajah betina itu beredar, maka berebut-rebutlah Suku Anak Dalam untuk menggali kambusan tanah untuk mendapatkan mani gajah yang telah bertukar kepada kristal tersebut.

Adalah dipercayai kristal mani gajah ini mempunyai “wave” atau gelombang elektronik yang mempunyai energi yang serasi dengan gelombang energi manusia. 


(b). MINYAK BERTAP SARANG BURUNG TEMPUA.
  • Pelaris niaga gred A+++. Penarik rezeki 7 petala langit dan 7 petala bumi. Sekiranya kita memiliki restoran, pelanggan yang makan akan sentiasa teringat untuk datang lagi makan dan minum di restoran anda.
  • Medium menyeru semangat orang yang lari dari rumah atau memanggil semangat kekasih, isteri, suami tersayang agar kembali semula ke pangkuan.
  • Khadamnya terdiri daripada kaum Dewa Angin agar Si Dia akan tersentak kembali kasih dan rindu pada pemilik.
  • Medium penguat kepada khadam geliga, permata, serta barangan mistik.
  • Medium mematangkan geliga lipan agar menjadi geliga lipan pandang tembus.
  • 1001 lagi kegunaan serta khasiatnya..

Combo Pack (a) + (b) = RM1299.25..!!!

1 ulasan:

Mohammad Adhim Alibaba berkata...

knp semua item mahal belaka? ada antara item ni boleh je dpt, nak kata langka tak jugak. alang2 letak la harga sejuta ke, 2 juta ke. biar jadi tatapan je.